Isnin, 11 Julai 2011

Strategi Pembelajaran : Ayat Akronim Untuk Menghafal

Gunakan AYAT AKRONIM untuk mengingati maklumat.

Berikut adalah cara untuk membentuk ayat akronim;
  • Menulis SETIAP maklumat yang perlu diingati.
  • Gariskan huruf pertama bagi setiap perkataan.
  • Cipta ayat dengan menggunakan perkataan yang bermula dengan HURUF BERGARIS.

Contoh: Warna-warna pelangi; Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo & Ungu.

Mat Jenin Ke Hutan Bawa Itik Ungu.

TIPS : Cuba cipta ayat akronim yang lucu atau mempunyai makna peribadi untuk anda. Anda akan mendapati cara itu lebih MUDAH untuk menghafal. Apabila anda mencipta ayat akronim ini, setiap perkataan di dalam ayat ini akan MEMBANTU anda mengingati sedikit maklumat yang mewakili ayat-ayat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan