Isnin, 14 November 2011

Quotes

"We cram our children with lies, and punish anyone who tries to enlighten them." 
George Bernard Shaw

Quotes

"Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results."
- Albert Einstein

Khamis, 3 November 2011

Easy Math Q & A

Selesaikan

Sehelai baju = RM 89
Diskaun = 70%
Harga sekarang?

70 × 89 ÷ 100 = RM 62.30
RM 89 (harga asal) - RM 62.30 (harga diskaun)
= RM 26.70

atau

70 ÷ 100 (%) = 0.700 (%)
0.700 × 89 = RM 62.30
RM 89 - RM 62.30 = RM 26.70

Easy Math Q & A

24 ÷ ½ = ?

24 × 2 ÷ 1
= 48

Trivia

Tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain, tetapi jumlah tenaga tidak pernah berubah.

Matematik : Kaedah 9 Method

Jadual Sifir dengan Kaedah 9 Method.

download di sini

Selamat mencuba!

Ps: Sebenarnya, menghafal sifir lagi bagus, tapi kalau nak cuba kaedah ni pun boleh juga. (Jangan terlalu bergantung pada teknik, gunakan otak untuk berfikir adalah lebih baik!)

Isnin, 5 September 2011

Proverbs and Meanings

    
Advice is cheap   It doesn't cost anything to offer advice
All good things come to those who wait  Patience brings rewards
All days are short to Industry and long to Idleness   Time goes by slowly when you have nothing to do
Anger is the one thing made better by delay  When you are angry, it is best not to speak or act immediately
A bird in hand is worth two in a bush  It's better to keep what you have than to risk losing it by searching for something better
A change is as good as a rest  A change in routine is often as refreshing as a break or a holiday
A fool and his money are soon (easily) parted  A foolish person usually spends money carelessly
A stumble may prevent a fall  Correcting a small mistake may help you to avoid making a bigger one
Beauty is only skin deep  A person's character is more important than their appearance
Better late than never  It's better to do something, even if it's late,  than not do it at all
Better safe than sorry  It's better to be too careful than to be careless and regret  it later.
Don't bark if you can't bite  Don't complain if you can't enforce your point of view
Easy come, easy go  Money obtained without difficulty is easily spent or lost
Every cloud has a silver lining  There is a positive or hopeful side to every unpleasant situation
Every rose has its thorn  Every good thing has an unpleasant side
Experience is the father of wisdom  Experience and knowledge result in better judgement
Fool me once, shame on you;  fool me twice, shame on me  One should learn from one's mistakes

Khamis, 4 Ogos 2011

Hadis

Abu Umamah r.a berkata:

“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban)

Rabu, 27 Julai 2011

Foreign Language : English to Spanish

My name is Nora   Mi nombre es Nora
I tried to speak Spanish, and my friend tried to speak English   Intente hablar espanol, y mi amigo intento hablar ingles
The students are studying because they have a test tomorrow   Los estudiantes estudian porque tienen una prueba manana


ps: pening kepala>>

Isnin, 25 Julai 2011

Fakta : Ikan Koi

Ikan koi boleh hidup sehingga 200 tahun.

Fakta : Vitamin D

Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari (terutamanya sinaran ultraungu) akan menghasilkan vitamin D3.

English : Proverb

  1. Go to far Do something that is considered extreme or unacceptable
  2. Kill two birds with one stone Succeed in doing two things at the same time
  3. All brawn and no brain Someone who is physically very strong but not very intelligent
  4. Cheek by jowl Crammed uncomfortably close together
  5. Make ends meet To have enough money to live on
  6. Spin a yarn You tell a story, usually a improbable one with distorted truths
  7. Eat one's word You have to admit that what you said before was wrong
  8. Can't see the wood for the trees So concentrated on the details that they can't see the situation as a whole.
  9. Never a dull moment Something is always changing or happening
  10. Same boat They are in the same unpleasant or difficult situation.

Peribahasa

  1. Sudah jatuh ditimpa tangga Malang berturut-turut
  2. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya Lain yang membuat salah, lain yang dituduh
  3. Laksana air titik ke batu Susah menasihati orang degil
  4. Anjing bersepit ekor Pergi oleh kerana malu
  5. Laksana arang habis, besi binasa Usaha sia-sia
  6. Ayam menang kampung tergadai Menang tetapi rugi
  7. Laksana bertih dalam kuali Petah bercakap
  8. Beri betis, hendak paha Beri sedikit hendak banyak
  9. Direbus tak empuk Susah dikalahkan
  10. Ditatang bagai minyak yang penuh Sangat dikasihi, sangat disayangi
*Gunakan peribahasa dalam karangan anda supaya lebih menarik (untung-untung dapat markah lebih!)

Jumaat, 22 Julai 2011

7 Words A Week : Synonyms

  1. Damage injury, impairment, loss; injure, harm, hurt, impair
  2. Hazard chance, danger, luck, adventure, imperilment, risk
  3. Jest joke, humour, fun, sport, prank, raillery, spoof
  4. Miserable unhappy, heart-broken, poor, uncomfortable, needy, mean,hateful, bad
  5. Object dislike, reject, oppose, hate, protest, disapprove, complain; thing, anything, something, matter
  6. Rare scarce, exceptional, hasty, foolhardy, headstrong, reckless, careless
  7. Starve be hungry, die, famish, raven, fast, want

Kelebihan Bismillah

       Malaikat yang paling kejam dan paling ditakuti disebut malaikat Zabaniah, yang berjumlah sembilan belas. Azabnya tak kenal ampun. Bila seorang mukmin memakai "Bismillaahirrahmaanirrahiim", terlindunglah ia dari jangkauan seksa Zabaniah tersebut. Seakan-akan kesembilan belas huruf Arab pada "Bismillaahirrahmaanirrahiim" merupakan pelindung terhadap kesembilan belas Zabaniah yang hendak menyeksa.

"Barangsiapa ingin diselamatkan Allah dari Zabaniah yang berjumlah sembilan belas, hendaklah ia membaca 'Bismillaahirrahmaanirrahiim'. Allah akan jadikan dari setiap hurufnya perisai untuk setiap Zabaniah".

Hadis

Hadis riwayat Muslim

"Sesungguhnya syaitan menganggap halal makanan yang tidak disebut nama Allah padanya."

Tafsir Al-Quran : Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang)

Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. Demi langit yang mempunyai kelompok bintang (iaitu bintang-bintang yang dua belas);
  2. Dan demi hari (pembalasan) yang dijanjikan;
  3. Dan demi yang hadir menyaksikan hari itu serta segala yang disaksikan.
  4. Binasa dan celakalah kaum yang menggali parit.
  5. (Parit) yang berapi penuh dengan bahan bakar.
  6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya;
  7. (Sambil) mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang yang beriman;
  8. Dan mereka (orang yang menggali parit) tidak menyeksa orang mukmin itu melainkan kerana mereka itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Terpuji!
  9. Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah) Allah sentiasa menyaksikan segala sesuatu.
  10. Sesungguhnya orang yang mendatangkan bahaya (seksa, bunuh dan sebaginya) kepada orang lelaki dan wanita yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam dan mereka akan beroleh azab api yang kuat membakar. 
  11. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
  12. Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
  13. Sesungguhnya Dialah menciptakan (sekelian makhluk) pada mulanya dan mengembalikannya (hidup semula sesudah mati);
  14. Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
  15. Tuhan yang mempunyai 'Arasy yang tinggi kemuliaannya.
  16. Yang Berkuasa melakukan segala yang dikehendaki-Nya.
  17. Adakah sudah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal kaum-kaum yang menentang (rasul-rasul yang diutus kepada mereka)?
  18. (Iaitu kaum) Firaun dan (kaum) Thamud.
  19. Bahkan orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.
  20. Sedangkan Allah, mengepung mereka (dengan kekuasaan-Nya) dari belakang mereka.
  21. (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya.
  22. (Yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) dalam Lawh Mahfuz.

Tafsir Al-Quran : Surah Al-Tin (Buah Tin)

Dimuali dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. Demi buah Tin dan buah Zaytun;
  2. Dan demi Bukit Tursina;
  3. Dan demi Kota (Makkah) yang aman ini.
  4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.
  5. Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka).
  6. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
  7. Maka apakah yang menyebabkan engkau mendustakan (hari) pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaan-Ku mengadakan hari pembalasan) itu?
  8. Bukankah Allah Hakim Yang seadil-adilnya?

Tafsir Al-Quran : Surah Al-Kawthar (Nikmat Yang Banyak)

Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah telaga di syurga.
  2. Maka, dirikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
  3. Sesungguhnya orang yang membencimu, dialah yang terputus (daripada rahmat dan kebaikan).

Tafsir Al-Quran : Al-Nas (Manusia)

Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia."
  2. "Yang Menguasai sekelian manusia."
  3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekelian manusia."
  4. "Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi."
  5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia."
  6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia."

Teka Silang Kata : Sains

Sains
Tingkatan 4
Bab 2 : Jirim Dan Bahan

Download di sini

Jawapan disediakan

Rabu, 20 Julai 2011

Foreign Language : Japanese

Good morning : gu-tenmorugen
Dinner : bangohan, bansan, yuushoku, gosan, bangohan, dina-
Afternoon : gogo, afutanu-n, gogo, hirusugi
Pretty : puriti, kawaii, airashii
Study : kenkyuu, taishou, kentou, sutadi, gakumon, tenarai
Teacher : kyouyu, sensei, soushou, shihyou, kyoukan, shishou
Science : kagaku, rikei, gakujutsu, rika, saiensu
Islam : isuramu, kaikyou
Sleep : nemuri, suri-pu, suimin
Hungry : hanguri-

Foreign Language : Spanish

Hello : hola, ruego, si
Good bye : adios
Please : por favor, agradar, gustar, ruego
Happy : feliz, alegre
Love : amor, amar, cari o
Student : estudiante
School : escuela, cole
Book : libro, pedir
World : mundo
Play : jugar, baraja, ta er

Foreign Language : Korea

Hello : ( a call) yu-bo-se-yo
           (a greeting) al-lyung ha-sim-ni-ka
Thank : kam-sa ha-da
Tomorrow : nae-il
Yes : ne
I : na
Why : wae
Good night : al-lyung-hi chu-mu-suss-um-ni-ka

Nota / Rujukan : Sains

Sains
Tingkatan 5
Bab 14 : Peningkatan dan Pengeluaran Makanan Dan Teknologi Makanan

Nota : Perkembangan Teknologi dalam pemprosesan Makanan

Download di sini

Jumaat, 15 Julai 2011

Hadis : Fadilat Menuntut Ilmu

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesiapa yang merintis satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga."

"Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka Dia menjadikannya faham dalam agama."

Dari Anas, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia dianggap dalam Sabilillah sehingga dia kembali."

Hadis

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:

"Pada hari Jumaat ada satu saat, yang mana jika tepat waktunya seorang muslim mengerjakan solat dan meminta sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan memberikannya."

Peribahasa : Ibarat...

  1. Ibarat meniti buih Kerja yang sangat susah
  2. Ibarat menunggu tanduk kerbau goyah Inginkan yang mustahil
  3. Ibarat mestika gamat Amat baik
  4. Ibarat pasang pelita dilanggar tikus  Hilang rasa seronok oleh kerana kesilapan kecil
  5. Ibarat rotan, asal berinsang, dicucuk belaka Tidak memilih
  6. Ibarat rosak bawang ditimpa jambak Malang kerana perbuatan sendiri
  7. Ibarat sepuluh kali diukur, sekali dikerat Bekerja dengan teliti
  8. Ibarat wau melawan angin Orang kecil melawan orang berkuasa
  9. Ibarat tulang dengan rengkungan Sangat menyusahkan
  10. Ibarat untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak Nasib tidak dapat diubah

Perkataan KLASIK

  1. Becak berlumpur
  2. Begar susah, keras
  3. Belang puntung merah kehitam-hitaman
  4. Bendul ambang pintu
  5. Berluluk berlumur tanah
  6. Bersiang membersihkan rumput
  7. Beroga ayam hutan
  8. Bertinak tak putus-putus datang
  9. Bulus kena
  10. Buntak bundar
  11. Cakak kelahi
  12. Dilambuk digembur
  13. Disolang dibantah
  14. Embat pukul
  15. Endap sembunyi
  16. Gabak redup
  17. Gaduk sombong
  18. Gasal ganjil
  19. Kawi kuat sakti
  20. Mencolek memalit
  21. Mengupih sudah tua
  22. Menggendangkan memelihara sampai besar
  23. Mengamang menakut-nakutkan
  24. Merakut memasang jaring
  25. Perdu rumpun, batang
  26. Pergam merpati besar
  27. Petap tekap supaya kering
  28. Raksi bau-bauan
  29. Raras Gugur, luruh
  30. Sesah memukul dengan benda yang melenting

Khamis, 14 Julai 2011

Strategi pembelajaran

Cara Pembelajaran Yang Berkesan

1. Baca nota / rujukan perlahan-lahan supaya dapat mengingati setiap maklumat terus ke dalam otak. Jangan baca dengan tergopoh-gapah tanpa memahami isinya.
2. Jangan baca nota sambil mendengar lagu. Anda akan mencampur-adukkan maklumat pembelajaran dengan lirik lagu. (Contohnya membaca nota Sejarah sambil mendengar lagu Faizal Tahir!).
3. Membaca dalam keadaan duduk! Jika anda membaca di atas katil, alamatnya anda akan dibuai mimpi indah!
4. Membaca sambil mengingat masa depan. Tentu anda ada cita-cita tinggi, bukan? (Bayangkan anda sedang duduk di pejabat dengan kerusi empuk, gaji beribu-ribu dan tinggal di rumah banglo 3 tingkat!)
5. Ingat pada musuh anda! Tentu anda mahu lebih berjaya daripada dia!
6. Lupakan tentang cinta untuk seketika. Cinta akan membuat anda angau, suka berkhayal dan lupa diri. Lupakan si dia. Tumpukan pada pelajaran (Pelajar zaman sekarang semuanya dah pandai bercinta!)
7. Ingat guru anda! Susah payah dia mengajar dengan harapan anda akan berjaya suatu hari nanti. Tidak kasihankah anda kepada guru?
8. Bayangkan kegarangan guru anda! Anda pasti takut menghadapinya. Menjadi pelajar kesayangan guru yang garang adalah impian setiap pelajar (percayalah!)
9. Jangan belajar sambil makan. Anda akan rasa mengantuk, waktu yang sama, tidak sedar anda sedang menambah berat badan.
10. Jangan dengar cakap NORA, jika anda ada cara pembelajaran tersendiri. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Jangan hanya kerana tips ini, maka anda tinggalkan tabiat lama yang BOLEH menyebabkan anda berjaya dengan cara tersendiri.

Fakta : Plastik

Plastik ialah sejenis polimer sintetik yang terdiri daripada karbon dan unsur bukan logam seperti hidrogen, oksigen, fluorin dan klorin.

Fakta : Proses Sentuh

Proses pembuatan asid sulfurik secara industri dikenali sebagai Proses Sentuh kerana tindak balas tersebut berlaku semasa oksigen dan sulfur dioksida bersentuhan pada permukaan mangkin.

Mangkin ialah bahan yang digunakan untuk mempercepatkan kadar tindak balas dan tidak mempengaruhi hasil tindak balas.

Soalan Objektif : Sains

Soalan Objektif
Sains
Tingkatan 4

Download di sini

Selamat Mencuba!

Rabu, 13 Julai 2011

Nota / Rujukan : Sains (Tingkatan 5)

Sains
Tingkatan 5
Bab 14 : Peningkatan Pengeluaran Makanan Dan Teknologi Makanan

Jadual : Kesan penggunaan bahan kimia berlebihan dalam pemprosesan makanan.

Download di sini

Fakta : El Nino

El Nino membawa air panas dari dasar laut khatulistiwa kawasan Pasifik Barat ke kawasan Peru dan mengubah cuaca di seluruh dunia. Dari tahu 1990 hingga 1998, El Nino telah berlaku sebanyak 27 kali.

Nota / Rujukan : Sains (Tingkatan 5)

Sains
Tingkatan 5
Bab 9 : Mikroorganisma Dan Kesannya Ke Atas Manusia

Jadual : Pelbagai Penyakit Yang Disebabkan Oleh Mikroorganisma

Download di sini

Fakta : Jerebu

Pada tahun 1998, seluruh Malaysia mengalami masalah jerebu yang serius akibat pembakaran hutan di negara jiran.

Nota / Rujukan : Sains (Tingkatan 4)

Sains (Tingkatan 4)
Bab 6 : Tenaga Dan Perubahan Kimia

Jadual : Kelebihan Dan Kekurangan Pelbagai Jenis Sel Elektrokimia.

Download di sini

Selasa, 12 Julai 2011

Peribahasa Melayu (A)

100 Senarai Peribahasa Melayu

Download di sini

Nota / Rujukan : Sains (Tingkatan 4)

Sains
Tingkatan 4
Bab 3 Bahagian Otak Dan Fungsinya.

Download di sini

Fakta : Kolesterol

Serat jenis larut air yang terdapat pada oat, kacang soya, brokoli, kubis, lobak merah, bawang, epal dan pisang dapat mengurangkan penyerapan kolesterol LDL (kolesterol jahat) yang terdapat pada makanan.

Fakta : Anoreksia

Pesakit anoreksia (penyakit psikologi -terlalu takut atau risau terhadap penambahan berat badan) biasanya mempunyai badan yang terlalu kurus, kelihatan pucat, kitar haid terhenti, dan menunjukkan masalah mental dan fisiologi, serta menghidapi penyakit sampingan seperti skurvi, anemia dan sembelit!

Teka Silang Kata : Sains

Teka Silang Kata
Sains (Tingkatan 5)
Mikroorganisma

Download di sini

Nota / Rujukan : Sains (Tingkatan 4)

Sains
Tingkatan 4
Jadual : Sifat-Sifat Pepejal, Cecair & Gas.

Download di sini

Fakta : Gen Manusia

Manusia mempunyai kira-kira 50,000 gen yang terkandung dalam setiap sel badan.

Info : Akta Dadah Berbahaya

Pada 14 April 1983, Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dipinda dan hukuman mati mandatori akan dijatuhkan kepada sesiapa yang didapati bersalah kerana memiliki:
  • 15 gm atau lebih heroin / morfina
  • 40 gm atau lebih kokaina
  • 200 gm atau lebih kanabis
  • 1000 gm atau lebih candu
  • 2000 gm atau lebih daun koka

Isnin, 11 Julai 2011

Strategi Pembelajaran : Ayat Akronim Untuk Menghafal

Gunakan AYAT AKRONIM untuk mengingati maklumat.

Berikut adalah cara untuk membentuk ayat akronim;
  • Menulis SETIAP maklumat yang perlu diingati.
  • Gariskan huruf pertama bagi setiap perkataan.
  • Cipta ayat dengan menggunakan perkataan yang bermula dengan HURUF BERGARIS.

Contoh: Warna-warna pelangi; Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo & Ungu.

Mat Jenin Ke Hutan Bawa Itik Ungu.

TIPS : Cuba cipta ayat akronim yang lucu atau mempunyai makna peribadi untuk anda. Anda akan mendapati cara itu lebih MUDAH untuk menghafal. Apabila anda mencipta ayat akronim ini, setiap perkataan di dalam ayat ini akan MEMBANTU anda mengingati sedikit maklumat yang mewakili ayat-ayat itu.

English : Proverb

English
99 Proverbs

Download here

Rabu, 6 Julai 2011

9 Pendekatan Untuk Penyelesaian Masalah Yang Kreatif

Pemikiran Seperti Seorang Genius
Menyelesaikan Masalah : Penyelesaian Kreatif

Walaupun anda tidak bijak, anda boleh menggunakan strategi yang sama seperti Aristotle dan Einstein untuk memanfaatkan kuasa minda kreatif dan pengurusan yang lebih baik untuk masa depan anda.

9 Pendekatan Untuk Penyelesaian Masalah Yang Kreatif.
  1. Memikirkan semula! Lihatlah masalah dalam pelbagai cara.
  2. Bayangkan! Menggunakan gambarajah dan imej untuk menganalisis masalah.
  3. Mencipta! Genius adalah produktif.
  4. Gabungkan! Buat kombinasi rujukan/nota.
  5. Hubungkan! Kaitkan data dan maklumat.
  6. Bertentangan! Fikirkan secara bertentangan.
  7. Metafora! Fikirkan kiasan atau perbandingan.
  8. Kegagalan! Belajar dari kegagalan dan kesilapan.
  9. Sabar! Jangan mengelirukan inspirasi dengan idea.

8 Strategi Belajar Dengan Berkesan

  1. MENGAMBIL HIDANGAN KECIL
    Elakkan makan dalam hidangan banyak sebelum sesi pembelajaran. Terlalu kenyang akan menghantar badan ke mod berehat. Dalam waktu yang sama, jangan berlapar kerana ia mengganggu tumpuan. Makan secara kerap dalam hidangan kecil adalah yang terbaik.
  1. BELAJAR MENGIKUT MOOD
    Adakah anda selesa belajar pada waktu awal pagi, petang hari, atau waktu malam? Cari masa yang sesuai dengan mood dan mental anda. Jangan memaksa diri.

  2. MINUM BANYAK AIR
    Minum banyak air semasa mengulangkaji, terutamanya Kafein yang membantu anda untuk berjaga. Namun—minum Kafein apabila perlu dalam kuantiti yang sederhana. Berlebihan boleh merosakkan kesihatan.

  3. DAPATKAN KERUSI YANG SESUAI DENGAN TUBUH BADAN
    Pilih kerusi yang menyokong belakang badan anda. Ia harus selesa. Kedudukan badan harus santai supaya semua tenaga dapat disalurkan ke OTAK!

  4. KEMASKAN MEJA ANDA!
    Jangan meletakkan barang yang tidak perlu di atas meja. Melihat barang-barang lain hanya akan membuat fikiran anda berserabut.

  5. BEREHAT SETIAP SATU JAM
    Adalah penting untuk berehat dan merehatkan minda setiap jam sebelum anda berasa letih dan hilang tumpuan. Rehat sekurang-kurangnya lima minit setiap sejam membantu mengekalkan tumpuan. Jika anda berasa tertekan, anda mungkin perlukan masa rehat yang lebih panjang.

  6. HORMATI FIKIRAN DAN TUMPUAN ANDA
    Apabila anda duduk dalam tempoh yang panjang, graviti akan menarik darah anda ke bahagian bawah badan. Apabila berehat, bernafas dalam-dalam dan dapatkan lebih banyak oksigen untuk otak anda. Cuba berjalan seketika, dan lakukan regangan untuk beberapa minit. Ia akan membantu untuk melegakan ketegangan badan.

  7. TEMPAT DAN MASA YANG SAMA SETIAP KALI
    Belajar pada masa dan tempat yang sama dapat menjana daya tumpuan yang lebih baik. Otak anda akan menukar mod belajar sebaik saja anda duduk.

English : The Sentence

English
The sentence, words and spelling

Download here

Selasa, 5 Julai 2011

Fakta : Merokok

Merokok merosakkan mekanisme pembersihan semulajadi paru-paru dan juga meracuni sel-sel yang melapisi paru-paru. Perokok biasanya mudah dijangkiti penyakit paru-paru seperti bronkitis!

Nota / Rujukan : Pendidikan Islam (Tingkatan 2)

Pendidikan Islam
Tingkatan 2
Bab 16 Puasa Menjana Keperibadian Muslim

Download di sini

Isnin, 4 Julai 2011

Puzzle : Going To School

Puzzle : Going To School
Sek. Keb. (P) Jln. Yahya Awal, Johor Bahru.

Download di sini

Just For Fun!

Tell Me How : How Were The Egypian Pyramids Built?


Pyramid building developed slowly in ancient Egypt. The first pyramids were simple structures called mastabas, which were platforms built over the tombs of importants people. Over the years further levels were added, until a structure called a step pyramid was produced.
In later pyramids, the steps were filled in to produce the smooth conical shape of the famous Pyramids at Giza that we can see today. Pyramid building became an important part of the Egyptian civilization. Egyptians believed that pyramids offered a pathway to heaven for their rulers, the pharoahs, who were buried with items they might need for the afterlife.

Fakta : Piranha



Piranha adalah ikan yang agresif dan boleh membahayakan dalam jumlah yang banyak. Piranha mampu menghabiskan seekor lembu, atau seekor khinzir sekali gus dalam masa beberapa minit. Tetapi ikan ini tidak berbahaya kepada manusia melainkan mereka tertarik dengan bau darah!

Kuiz Pengetahuan Islam

Kuiz Pengetahuan Islam
Isikan tempat kosong dengan nama-nama Nabi Allah yang sesuai dengan keterangan.

Download di sini

Tahap : Sekolah Rendah

Nota / Rujukan : Pendidikan Islam (Tingkatan 3)

Pendidikan Islam
Tingkatan 3
Bab 3 : Memanfaatkan Anugerah Allah SWT

Download di sini

Tell Me How : How Fast Does The Earth Move?

The Earth has two motions – it spins on its own axis and it orbits around the Sun. Its rotation about an axis causes the rising and setting of the Sun, Moon and stars and the changes from day to night. One complete turn of the Earth actually takes 23 hours, 56 minutes and 4.091 seconds. There are tiny variations because of the friction of ocean tides and the changes in the Earth's crust.
The Earth also moves around the Sun and at some points it is closer to the Sun than at others. The Earth and all planets move in their orbit at a speed that depends on the distance they are from the Sun. A planet moves faster when it is closer to the Sun than when it is farther away. The orbital speed varies therefore between 18.8 miles per second to 18.2 miles per second.

Fakta : Imun Bayi

Bayi yang baru lahir memerlukan susu ibu yang mana mengandungi antibodi istimewa untuk membantu meningkatkan sistem imun.

Fakta : Denyutan Jantung

Setiap hari, jantung kita berdenyut sebanyak 100,000 kali--lebih daripada 36 juta kali setahun. Jantung wanita berdenyut lebih laju berbanding jantung lelaki. Jantung boleh mengepam sehingga 7 liter (14 pain) darah ke seluruh tubuh badan dalam seminit. Denyutan jantung boleh meningkat dengan melakukan aktiviti dan senaman.

Nota / Rujukan : Pendidikan Islam (Tingkatan 1)

Pendidikan Islam
Tingkatan 1
Bab 34 : Adab Berguru

Download di sini

Tell Me How : How Does A Caterpillar Become A Butterfly



During her lifetime a female butterfly can lay from 100 to several thousand eggs. She is very careful to lay these eggs near the kind of plant that will be useful to her offspring later.
These eggs will hatch into tiny, wormlike grubs called 'caterpillar lavae' which begin to feed and grow immediately. They will shed their skins several times.
When the caterpillar feels it is time for a change. It spins a little button of silk to which it clings. It lands head down and shed its caterpillar skin. It then appears as a pupa or chrysalis.
The pupa or chrysalis may sleep for some weeks or months. During this time it is undergoing a change, so that when it emerges from its chrysalis skin, it is a butterfly.
It will spread its wings so they can dry and become firm before it will attempt to fly.

Khamis, 30 Jun 2011

Rabu, 22 Jun 2011

Ujian Pengetahuan Asas Kehidupan

Uji pengetahuan anak /murid anda tentang kehidupan asas di sekeliling mereka.
Soalan berdasarkan subjek Sains.
Soalan mudah.

Download di sini

Tahap : Sekolah Rendah (Tahun 1,2)

Teka Silangkata Geografi 2

Teka Silang Kata Geografi
Taburan Pelbagai Sumber
Disertakan dengan jawapan

Download di sini

Tahap : Tingkatan 3

Khamis, 16 Jun 2011

Cari Perkataan : Kata Ganti Nama

Cari Perkataan Tersembunyi
Kata ganti nama pertama, kata ganti nama kedua & kata ganti nama ketiga.

Download di sini

General Knowledge

General questions for primary school students

Download here



Selasa, 14 Jun 2011

Blok Teka-Teki Matematik

Kuiz Uji Minda Matematik
Sesuai untuk murid-murid sekolah rendah.

Download di sini

Tahap : Sekolah Rendah

Format Surat Rasmi

Format Surat Rasmi (Bahasa Melayu)

Download di sini

Tahap : Tingkatan 1

Isnin, 13 Jun 2011

Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Pertama
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan
(1957-1970)

Perdana Menteri Ke-2
Tun Abdul Razak Bin Hj. Dato' Hussein
Bapa Pembangunan
(1970-1976)

Perdana Menteri Ke-3
Tun Hussein Bin Dato' Onn
Bapa Perpaduan
(1976-1981)

Perdana Menteri Ke-4
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Bapa Pemodenan
(1981-2003)

Perdana Menteri Ke-5
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan
(2003-2009)

Perdana Menteri Ke-6
Dato' Seri Mohd. Najib Abdul Razak
Bapa Transformasi
(2009 hingga kini)

Teka Silang Kata Kanak-Kanak

Sesuai untuk murid-murid sekolah rendah.
Sesuai untuk guru/ibu bapa yang ingin menguji kemahiran Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris kanak-kanak.
Kuiz yang menarik untuk menambah pengetahuan kanak-kanak.

Download di sini

 Tahap : Sekolah rendah (Tahun 1,2,3)

Disusun dan disediakan oleh Nora Azia.

Kuiz Penyelesaian Matematik 1

Penyelesaian matematik untuk menguatkan minda berfikir.
Sesuai untuk pelajar-pelajar yang inginkan cabaran dalam pengiraan.
Sesuai untuk para guru yang ingin menguji minda pelajar-pelajar.

Download Di Sini

Tahap : Pelajar Sekolah Menengah.