Khamis, 14 Julai 2011

Strategi pembelajaran

Cara Pembelajaran Yang Berkesan

1. Baca nota / rujukan perlahan-lahan supaya dapat mengingati setiap maklumat terus ke dalam otak. Jangan baca dengan tergopoh-gapah tanpa memahami isinya.
2. Jangan baca nota sambil mendengar lagu. Anda akan mencampur-adukkan maklumat pembelajaran dengan lirik lagu. (Contohnya membaca nota Sejarah sambil mendengar lagu Faizal Tahir!).
3. Membaca dalam keadaan duduk! Jika anda membaca di atas katil, alamatnya anda akan dibuai mimpi indah!
4. Membaca sambil mengingat masa depan. Tentu anda ada cita-cita tinggi, bukan? (Bayangkan anda sedang duduk di pejabat dengan kerusi empuk, gaji beribu-ribu dan tinggal di rumah banglo 3 tingkat!)
5. Ingat pada musuh anda! Tentu anda mahu lebih berjaya daripada dia!
6. Lupakan tentang cinta untuk seketika. Cinta akan membuat anda angau, suka berkhayal dan lupa diri. Lupakan si dia. Tumpukan pada pelajaran (Pelajar zaman sekarang semuanya dah pandai bercinta!)
7. Ingat guru anda! Susah payah dia mengajar dengan harapan anda akan berjaya suatu hari nanti. Tidak kasihankah anda kepada guru?
8. Bayangkan kegarangan guru anda! Anda pasti takut menghadapinya. Menjadi pelajar kesayangan guru yang garang adalah impian setiap pelajar (percayalah!)
9. Jangan belajar sambil makan. Anda akan rasa mengantuk, waktu yang sama, tidak sedar anda sedang menambah berat badan.
10. Jangan dengar cakap NORA, jika anda ada cara pembelajaran tersendiri. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Jangan hanya kerana tips ini, maka anda tinggalkan tabiat lama yang BOLEH menyebabkan anda berjaya dengan cara tersendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan