Isnin, 25 Julai 2011

Peribahasa

  1. Sudah jatuh ditimpa tangga Malang berturut-turut
  2. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya Lain yang membuat salah, lain yang dituduh
  3. Laksana air titik ke batu Susah menasihati orang degil
  4. Anjing bersepit ekor Pergi oleh kerana malu
  5. Laksana arang habis, besi binasa Usaha sia-sia
  6. Ayam menang kampung tergadai Menang tetapi rugi
  7. Laksana bertih dalam kuali Petah bercakap
  8. Beri betis, hendak paha Beri sedikit hendak banyak
  9. Direbus tak empuk Susah dikalahkan
  10. Ditatang bagai minyak yang penuh Sangat dikasihi, sangat disayangi
*Gunakan peribahasa dalam karangan anda supaya lebih menarik (untung-untung dapat markah lebih!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan