- Anda tahu--tidak bermakna anda boleh jawab dengan betul. Cuba kurangkan kecuaian ketika menjawab kertas soalan.
- Baca ayat/perkataan satu per satu supaya anda tidak 'tertipu' dengan teknik/muslihat dalam setiap soalan.
- Jangan kecewa sekiranya anda mendapat keputusan yang agak teruk ketika percubaan peperiksaan. Biasanya peperiksaan sebenar agak berlainan daripada percubaan. Lakukan ulangkaji berkali-kali dan jangan lupa hafal formula!
- Belajar secara bijak, bukan secara memaksa.
Memaparkan catatan dengan label Strategi Pembelajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Strategi Pembelajaran. Papar semua catatan
Isnin, 7 Mei 2012
Tips Peperiksaan
Khamis, 14 Julai 2011
Strategi pembelajaran
Cara Pembelajaran Yang Berkesan
1. Baca nota / rujukan perlahan-lahan supaya dapat mengingati setiap maklumat terus ke dalam otak. Jangan baca dengan tergopoh-gapah tanpa memahami isinya.
2. Jangan baca nota sambil mendengar lagu. Anda akan mencampur-adukkan maklumat pembelajaran dengan lirik lagu. (Contohnya membaca nota Sejarah sambil mendengar lagu Faizal Tahir!).
3. Membaca dalam keadaan duduk! Jika anda membaca di atas katil, alamatnya anda akan dibuai mimpi indah!
4. Membaca sambil mengingat masa depan. Tentu anda ada cita-cita tinggi, bukan? (Bayangkan anda sedang duduk di pejabat dengan kerusi empuk, gaji beribu-ribu dan tinggal di rumah banglo 3 tingkat!)
5. Ingat pada musuh anda! Tentu anda mahu lebih berjaya daripada dia!
6. Lupakan tentang cinta untuk seketika. Cinta akan membuat anda angau, suka berkhayal dan lupa diri. Lupakan si dia. Tumpukan pada pelajaran (Pelajar zaman sekarang semuanya dah pandai bercinta!)
7. Ingat guru anda! Susah payah dia mengajar dengan harapan anda akan berjaya suatu hari nanti. Tidak kasihankah anda kepada guru?
8. Bayangkan kegarangan guru anda! Anda pasti takut menghadapinya. Menjadi pelajar kesayangan guru yang garang adalah impian setiap pelajar (percayalah!)
9. Jangan belajar sambil makan. Anda akan rasa mengantuk, waktu yang sama, tidak sedar anda sedang menambah berat badan.
10. Jangan dengar cakap NORA, jika anda ada cara pembelajaran tersendiri. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Jangan hanya kerana tips ini, maka anda tinggalkan tabiat lama yang BOLEH menyebabkan anda berjaya dengan cara tersendiri.

Isnin, 11 Julai 2011
Strategi Pembelajaran : Ayat Akronim Untuk Menghafal
Gunakan AYAT AKRONIM untuk mengingati maklumat.
Berikut adalah cara untuk membentuk ayat akronim;
- Menulis SETIAP maklumat yang perlu diingati.
- Gariskan huruf pertama bagi setiap perkataan.
- Cipta ayat dengan menggunakan perkataan yang bermula dengan HURUF BERGARIS.
Contoh: Warna-warna pelangi; Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo & Ungu.
Mat Jenin Ke Hutan Bawa Itik Ungu.
TIPS : Cuba cipta ayat akronim yang lucu atau mempunyai makna peribadi untuk anda. Anda akan mendapati cara itu lebih MUDAH untuk menghafal. Apabila anda mencipta ayat akronim ini, setiap perkataan di dalam ayat ini akan MEMBANTU anda mengingati sedikit maklumat yang mewakili ayat-ayat itu.
Rabu, 6 Julai 2011
9 Pendekatan Untuk Penyelesaian Masalah Yang Kreatif
Pemikiran Seperti Seorang Genius
Menyelesaikan Masalah : Penyelesaian Kreatif
Walaupun anda tidak bijak, anda boleh menggunakan strategi yang sama seperti Aristotle dan Einstein untuk memanfaatkan kuasa minda kreatif dan pengurusan yang lebih baik untuk masa depan anda.
9 Pendekatan Untuk Penyelesaian Masalah Yang Kreatif.
- Memikirkan semula! Lihatlah masalah dalam pelbagai cara.
- Bayangkan! Menggunakan gambarajah dan imej untuk menganalisis masalah.
- Mencipta! Genius adalah produktif.
- Gabungkan! Buat kombinasi rujukan/nota.
- Hubungkan! Kaitkan data dan maklumat.
- Bertentangan! Fikirkan secara bertentangan.
- Metafora! Fikirkan kiasan atau perbandingan.
- Kegagalan! Belajar dari kegagalan dan kesilapan.
- Sabar! Jangan mengelirukan inspirasi dengan idea.
8 Strategi Belajar Dengan Berkesan
- MENGAMBIL HIDANGAN KECILElakkan makan dalam hidangan banyak sebelum sesi pembelajaran. Terlalu kenyang akan menghantar badan ke mod berehat. Dalam waktu yang sama, jangan berlapar kerana ia mengganggu tumpuan. Makan secara kerap dalam hidangan kecil adalah yang terbaik.
- BELAJAR MENGIKUT MOODAdakah anda selesa belajar pada waktu awal pagi, petang hari, atau waktu malam? Cari masa yang sesuai dengan mood dan mental anda. Jangan memaksa diri.
- MINUM BANYAK AIRMinum banyak air semasa mengulangkaji, terutamanya Kafein yang membantu anda untuk berjaga. Namun—minum Kafein apabila perlu dalam kuantiti yang sederhana. Berlebihan boleh merosakkan kesihatan.
- DAPATKAN KERUSI YANG SESUAI DENGAN TUBUH BADANPilih kerusi yang menyokong belakang badan anda. Ia harus selesa. Kedudukan badan harus santai supaya semua tenaga dapat disalurkan ke OTAK!
- KEMASKAN MEJA ANDA!Jangan meletakkan barang yang tidak perlu di atas meja. Melihat barang-barang lain hanya akan membuat fikiran anda berserabut.
- BEREHAT SETIAP SATU JAMAdalah penting untuk berehat dan merehatkan minda setiap jam sebelum anda berasa letih dan hilang tumpuan. Rehat sekurang-kurangnya lima minit setiap sejam membantu mengekalkan tumpuan. Jika anda berasa tertekan, anda mungkin perlukan masa rehat yang lebih panjang.
- HORMATI FIKIRAN DAN TUMPUAN ANDAApabila anda duduk dalam tempoh yang panjang, graviti akan menarik darah anda ke bahagian bawah badan. Apabila berehat, bernafas dalam-dalam dan dapatkan lebih banyak oksigen untuk otak anda. Cuba berjalan seketika, dan lakukan regangan untuk beberapa minit. Ia akan membantu untuk melegakan ketegangan badan.
- TEMPAT DAN MASA YANG SAMA SETIAP KALIBelajar pada masa dan tempat yang sama dapat menjana daya tumpuan yang lebih baik. Otak anda akan menukar mod belajar sebaik saja anda duduk.
Langgan:
Catatan (Atom)