Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu. Papar semua catatan

Isnin, 25 Julai 2011

Peribahasa

  1. Sudah jatuh ditimpa tangga Malang berturut-turut
  2. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya Lain yang membuat salah, lain yang dituduh
  3. Laksana air titik ke batu Susah menasihati orang degil
  4. Anjing bersepit ekor Pergi oleh kerana malu
  5. Laksana arang habis, besi binasa Usaha sia-sia
  6. Ayam menang kampung tergadai Menang tetapi rugi
  7. Laksana bertih dalam kuali Petah bercakap
  8. Beri betis, hendak paha Beri sedikit hendak banyak
  9. Direbus tak empuk Susah dikalahkan
  10. Ditatang bagai minyak yang penuh Sangat dikasihi, sangat disayangi
*Gunakan peribahasa dalam karangan anda supaya lebih menarik (untung-untung dapat markah lebih!)

Jumaat, 15 Julai 2011

Peribahasa : Ibarat...

  1. Ibarat meniti buih Kerja yang sangat susah
  2. Ibarat menunggu tanduk kerbau goyah Inginkan yang mustahil
  3. Ibarat mestika gamat Amat baik
  4. Ibarat pasang pelita dilanggar tikus  Hilang rasa seronok oleh kerana kesilapan kecil
  5. Ibarat rotan, asal berinsang, dicucuk belaka Tidak memilih
  6. Ibarat rosak bawang ditimpa jambak Malang kerana perbuatan sendiri
  7. Ibarat sepuluh kali diukur, sekali dikerat Bekerja dengan teliti
  8. Ibarat wau melawan angin Orang kecil melawan orang berkuasa
  9. Ibarat tulang dengan rengkungan Sangat menyusahkan
  10. Ibarat untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak Nasib tidak dapat diubah

Perkataan KLASIK

  1. Becak berlumpur
  2. Begar susah, keras
  3. Belang puntung merah kehitam-hitaman
  4. Bendul ambang pintu
  5. Berluluk berlumur tanah
  6. Bersiang membersihkan rumput
  7. Beroga ayam hutan
  8. Bertinak tak putus-putus datang
  9. Bulus kena
  10. Buntak bundar
  11. Cakak kelahi
  12. Dilambuk digembur
  13. Disolang dibantah
  14. Embat pukul
  15. Endap sembunyi
  16. Gabak redup
  17. Gaduk sombong
  18. Gasal ganjil
  19. Kawi kuat sakti
  20. Mencolek memalit
  21. Mengupih sudah tua
  22. Menggendangkan memelihara sampai besar
  23. Mengamang menakut-nakutkan
  24. Merakut memasang jaring
  25. Perdu rumpun, batang
  26. Pergam merpati besar
  27. Petap tekap supaya kering
  28. Raksi bau-bauan
  29. Raras Gugur, luruh
  30. Sesah memukul dengan benda yang melenting

Isnin, 27 Jun 2011

Rabu, 22 Jun 2011

Ujian Pengetahuan Asas Kehidupan

Uji pengetahuan anak /murid anda tentang kehidupan asas di sekeliling mereka.
Soalan berdasarkan subjek Sains.
Soalan mudah.

Download di sini

Tahap : Sekolah Rendah (Tahun 1,2)

Khamis, 16 Jun 2011

Cari Perkataan : Kata Ganti Nama

Cari Perkataan Tersembunyi
Kata ganti nama pertama, kata ganti nama kedua & kata ganti nama ketiga.

Download di sini

Selasa, 14 Jun 2011

Isnin, 13 Jun 2011

Teka Silang Kata Kanak-Kanak

Sesuai untuk murid-murid sekolah rendah.
Sesuai untuk guru/ibu bapa yang ingin menguji kemahiran Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris kanak-kanak.
Kuiz yang menarik untuk menambah pengetahuan kanak-kanak.

Download di sini

 Tahap : Sekolah rendah (Tahun 1,2,3)

Disusun dan disediakan oleh Nora Azia.