Rabu, 6 Julai 2011

8 Strategi Belajar Dengan Berkesan

  1. MENGAMBIL HIDANGAN KECIL
    Elakkan makan dalam hidangan banyak sebelum sesi pembelajaran. Terlalu kenyang akan menghantar badan ke mod berehat. Dalam waktu yang sama, jangan berlapar kerana ia mengganggu tumpuan. Makan secara kerap dalam hidangan kecil adalah yang terbaik.
  1. BELAJAR MENGIKUT MOOD
    Adakah anda selesa belajar pada waktu awal pagi, petang hari, atau waktu malam? Cari masa yang sesuai dengan mood dan mental anda. Jangan memaksa diri.

  2. MINUM BANYAK AIR
    Minum banyak air semasa mengulangkaji, terutamanya Kafein yang membantu anda untuk berjaga. Namun—minum Kafein apabila perlu dalam kuantiti yang sederhana. Berlebihan boleh merosakkan kesihatan.

  3. DAPATKAN KERUSI YANG SESUAI DENGAN TUBUH BADAN
    Pilih kerusi yang menyokong belakang badan anda. Ia harus selesa. Kedudukan badan harus santai supaya semua tenaga dapat disalurkan ke OTAK!

  4. KEMASKAN MEJA ANDA!
    Jangan meletakkan barang yang tidak perlu di atas meja. Melihat barang-barang lain hanya akan membuat fikiran anda berserabut.

  5. BEREHAT SETIAP SATU JAM
    Adalah penting untuk berehat dan merehatkan minda setiap jam sebelum anda berasa letih dan hilang tumpuan. Rehat sekurang-kurangnya lima minit setiap sejam membantu mengekalkan tumpuan. Jika anda berasa tertekan, anda mungkin perlukan masa rehat yang lebih panjang.

  6. HORMATI FIKIRAN DAN TUMPUAN ANDA
    Apabila anda duduk dalam tempoh yang panjang, graviti akan menarik darah anda ke bahagian bawah badan. Apabila berehat, bernafas dalam-dalam dan dapatkan lebih banyak oksigen untuk otak anda. Cuba berjalan seketika, dan lakukan regangan untuk beberapa minit. Ia akan membantu untuk melegakan ketegangan badan.

  7. TEMPAT DAN MASA YANG SAMA SETIAP KALI
    Belajar pada masa dan tempat yang sama dapat menjana daya tumpuan yang lebih baik. Otak anda akan menukar mod belajar sebaik saja anda duduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan